Ahad, 16 Januari 2011

tulisan jawi dan sejarahnya di Malaysia

Tulisan melayu mashyur pada masa ini dengan nama tulisan jawi, nama ini ciptaan baharu tidak ada asalnya dalam sejarah. didalam "Majmuk al kitabat alIslamiah disebut dengan nama "Kitabatu melayu"
yakni tulisan melayu kemudian nama tulisan jawi itu tidak tepat mengikut sejarah kerana tulisan islam masuk kedalam negeri2 melayu terlebih dahulu daripada masuk kedalam negeri jawa sebagaimana disebut kan oleh kitab2 tarikh.
kesan-kesan sejarah lama yang ada hingga ke hari ini, setengahnya terdapat di negeri melayu seperti sumatera dan lain2 lagi adalh terlebih dahulu daripada yang ada dalam negeri jawa, samada umat melayu itu datang nya dari selatan sumatera ke semenanjung tanah melayu (menurut setengah tarikh orang 2barat ) dan dari emenanjung keborneo, pulau 2 solo atau pun memeng mereka menetap dalam daerah tersebut semenjak dahulu lagi.

Tiada ulasan: